"Lahirnya manusia disambut dengan azan, matinya manusia diiringi dengan solat, antara azan dan solat, alangkah singkatnya hidup ini."



Monday 19 December 2011

New Page of My Life...

Salam Semua...dah lama rasanya x menulis kat blog nih...Al-maklum ler bz ler pulok kat tmpat baru nih...nak story ler sikit2 kat kengkawan...semenjak bertugas kat tempat baru nih...byk gak lar yg aku belajar kat sini...hihi...

Tentang organisasi, ttg suasana, ttg budaya kerja, ttg kengkawan...pendek kata pasti ada perbezaannya...aku akan cuba slowly belajar...pelan2 kayuh kata org...huhu...

Tapi seriously opis aku ni mmg agak bz...byk yg urgent...naik takut pulok aku...nak kejar payment la, dgn surat meeting la bagai...dokumen boleh kata semua tebal2 alam...boleh melimpah la dari meja nih...maybe next time aku boleh request meja yg lebih besar...saiz meja pengarah ke...boleh gitu...hihi..yelah bhg pembangunan la katakan...takpe...lama2 ok la kot...mcm kata org...nak memulakan sesuatu tu memang payah tapi bila dah mula...ia akan jadi mudah dan terbiasa...jom terjah opis aku yg x sberapa nih...



Taraaaa....ni lah rupanya opis baru yg aku dok cakap tuh...
meja tu dah kemas sikit...
kalu x penuh dgn folder payment setimbun...huhu


Bos??? jgn x tau yer....bos aku seorang pompuan...hahaha...sepanjang 12 tahun service belum pernah aku jaga bos sekaum dgnku...ramai org kata bos pmpuan ni cerewet, bossy, mcm2 lah...ada benarnya...tp mujurlah aku ni dah terbiasa jaga bos2 yg memang straight dr dlu lg...so boleh la cover n reduce d tmperature...hihihi...

Bagi aku bos laki ke pompuan ke...sama jer....yg penting kita buat jer ikut apa yg dia nak....layan jelah senang citer...pasti dia x marah...silap2 hr bulan lg sayang dia kat kita kan...iyolah tu...

Kekadang terasa rindu gak kat kgkawan opis lama yg sgt la friendly...sayang dan rindu kamu semua...bila la leh ketemu lagi...moga Allah x pisahkan kt semua...walau hilang dimata tp jgn la sampai hilang dihati...

Jumpa lagi...

Thursday 24 November 2011

SeLaMat TinGGaL KaWanKu@JWN...(2007-2011)

sekilas memori 'Team Building' di PD...


Kini aku boleh tersenyum gembira...syukur Alhamdulillah akhirnya doaku dimakbulkan Allah...


Petang semalam (23/11/2011) aku dpt khabar gembira...permohonan pertukaran aku ke jabatan lain di sekitar KL telah berjaya...x sia2 usaha aku yg x putus2 menghubungi JPA selama ini...


TERIMA KASIH x t'hingga juga aku ucapkan kpd pihak JPA yg berusaha membantu aku dlm
proses pertukaran ini...benar kata orang 'Usaha Tangga Kejayaan'...dan harus percaya
'Rezeki Semuanya drp Allah'  'Di Mana Ada Kemahuan Disitulah Ada Jalan'...


InsyaAllah...aku akan melapor diri di pejabat baru pada 1 Disember 2011...
Eh lupa nak maklum, aku ditukarkan ke Jabatan Lanskap Negara, KL...


dekat je dgn rumah dan lrt...syukur Alhamdulillah...


Buat kengkawanku di Jabatan Warisan Negara yg sangat aku sayangi...


Salam perpisahan dariku untuk kalian...moga kita akan berjumpa lagi di lain masa dan ketika...


Kemaaafan jua aku panjatkan andai tersalah bicara, terkasar bahasa atau tersentuh jiwa...kerana aku juga insan biasa selalu terbuat silap...


Terima kasih buat kengkawan juga di atas segala-galanya...banyak memori manis tersemat di hati sepanjang bertugas bersama kalian...terasa sedih la pulak...sobsobsob...


tapi inilah hakikat kehidupan...setiap yg bertemu pasti akan berpisah dan
setiap yang bermula pasti akan berakhir...


"Doakanlah wahai kawanku moga aku gembira menempuh hari2 baru di jabatan baruku"...
aku juga mendoakan kalian akan terus tabah dan cekal mengharungi kehidupan baru
di Putrajaya nanti...


Mudah-mudahan...Allah akan permudahkan segalanya...

Tuesday 22 November 2011

BoLa...BiaR BeTuL!!!



Saje nak story sikit...memang semua orang tahu pasal kemenangan Malaysia lawan Indonesia semalam...

TAHNIAH buat pasukan Harimau Malaya yg memang hebat...

Tapi ada yang heran bin ajaib telah berlaku pada malam pertandingan berlangsung...

Aku ni sebenornya bukanlah pencinta @ peminat bola sepak...senang citer x gemor dan heran ler pasal bola2 nih...baik aku buat kojer lain...

tapi entah camna malam tadi...boleh pulak aku melayan citer orang ramai berebut kejar sebijik bola nih!!! 

mula2 buat  x reti jer...sambil2 lalu je pandang...tetiba tgk dah melekat kat depat tv...hahaha

yang kelakor tuh, dgn x sengaja...ntah urat saraf mana t'geliat ntah...kaki aku tetiba tolong sama sepakkan bola...
nak tolong gol kan la konon!!! padahal kaki bangku...

"haaa...nape tu ibu??? sepak apa??? x apa2 pun kat situ"...aku terus sentap...sentap mak nak...hihihi...malunya

anak aku si Ameer tegur...then aku tergelak dia pun gelak sama...ngejek aku...haish...

mujur masa tu si ayahnya t'lelap...kalu x mau aku kena ejek ngan si ayah pulak...huhu

Yelah si ibu yg x pernah ambil 'port' pasal bola tetiba naik hantu malam semalam...

Tulah citer penangan bola nih...aku yg x pernah peduli pun boleh 'kantoi'...

apa2 pun layan jelah...yg penting Malaysia dah MENANG...

x sia2 aku beraksi sama kat depan tv...

Monday 21 November 2011

2 SaHaBaT SeJaTi aka SePupu SeJaTi...

Ha nilah dia 2 Hero MalaYa yg bakal mengegarkan dunia x lama lagi...hihi...
Dorang actually sepupu yg sebaya umur & cucu sulung
mak aku...so kira cucu kesayangan mak aku la nih...
aku & abang kawin serentak so dapat anakpun
 lebih kurang serentak gak...leh gitu...sekarang
dah tambah korum si Iqin dpt adik gegurl...
si Ameer pun dpt adik gegurl gak...
cuma lari jauh sikit...tersilap
tarikh pass batten...hehe 

 
Ameer & Iqin di KLCC ketika berusia 2 tahun lebih...


cam kembar je kan...


dah besar sikit 4 tahun sudah...



kawan baik & kawan gaduh....huhu



Iqin dah dapat adik Athirah pada usia 3 tahun...



Ameer baru dapat adik Ameera pd usia 4 tahun...

Friday 18 November 2011

CuTi SeKolaH DaTanG LaGi...




Apa??? cuti sekolah dah start...

Aduss...apa nak jawab ngan Ameer nih...mesti sibuk dia nak ajak gi jenjalan...

Kena plan something ni...

Sebelum2 ni asik gi PD jek...4 this time no idea yet...

Mana nak gi erkkk...Johor baru lagi gi...kebetulan cousin nikah 11.11.11.

Melaka camna!!!  Nak gi obersee...x ckup fulus lg...hihi

uols plan ke mana yer???

Need 2 discuss ngan cik abe nih...

But anyhow & anyway...kena tunggu GaJi dulu maaaa....huhuhu

No money, no talk, no jenjalan, no no no no....semua pun tak boleh!!!


p/s>>> SelaMat BerCuti Yer kAnak2 SeMua...MoGa daPaT MenGisi MaSa LaPanG SeBaiKnYa...Mak BaPak puN PeNinG MaNa naK BaWak BeBuDak nI BerCuTi2 M'Sia...HuHhh

‎15 Perkara Yang Dilakukan Bakal Mengundang Bala...


 

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :
 
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat).

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.

7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi).
DOA DI ANTARA DUA SUJUD


Sungguh besar erti doa yg kita baca semasa duduk di antara dua sujud...
mungkin ada yang tidak mengetahuinya...semoga ia bermanfaat...

Thursday 17 November 2011

KonVo AMeeR 2011...

Sekejap je masa berlalu yer...Ameer dahpun nak masuk darjah 1 tahun depan...cuti sekolah hujung tahun pun semakin hampir...esok dorang last sekolah...hrmmmm...hari tu 10hb November 2011, Tadika Islam Nurul Ilmi mengadakan Majlis Konvokesyen pelajar 6 tahun di Pusat Latihan Darul Kifayah, Majlis Agama Islam W.Persekutuan...hari tu aku terpaksa tumpang budak-budak ni naik bas sebab cik abang ada kerja penting yang tak dapat elak di pejabat...mujur cikgu bagi tumpang...kalau x, niaya aku nak pergi naik apa!!! bawa kereta??? Ya Allah...x bersedia lagi...
Terima kasih cikgu...



ni time sarapan...cikgu bagi nasi goreng & air mineral..



sebelum acara konvo biasalah selingan nasyid dulu...
nyanyi2 sikit kasi ceria...



haaa...turn Ameer tu, tengah berjalan dgn muka serius...hihi



tersengih seronok la tu dpt skroll macam org universiti...hihi



taraaaa..."lihatlah dunia saya telah berjaya menamatkan zaman tadika"

Tulah lebih kurang yg dapat aku rakam kat sini sebagai "precious moment" dgn anak2...tp gambar aku takda la kat sini...apa yg penting aku dpt raikan bersama-sama majlis konvo anakku...siap ambil cuti terus...hihi...demi anak-anak tersayang...sekian... 

JoM MaKaN BuaH...




BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.

Antara fakta menarik yang dikongsi termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak.

Khasiat buah-buahan:

Anggur/kismis Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.

Buah oren Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

Buah Epal Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.

Buah pear Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

Pisang kaki Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

Mangga Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

Kiwi Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

Pisang Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.




p/s>>>So, moh ler kita makan buah-buahan yer untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan.  Nampaknya kena banyakkan stok dalam peti la...dah lama jarang beli buah...tapi pastikan sebelum makan cuci sebersihnya buah-buahan tersebut atau membuang kulitnya terlebih dahulu sebab dikhuatiri terdapat semburan racun yg membahayakan kesihatan...nak tahu lagi, buah-buahan juga adalah ejen awet muda woooo...(^_^)

Wednesday 16 November 2011

LAWAK SAMDOL...


SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu tendang aku. Nasib baik tak mati. 

---------  ---------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

---------  ---------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!

---------  ---------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

---------  ---------------

SAM:  Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL:  Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah 

---------  ---------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil

elektrik, api rumah aku dah kena potong!

---------  ---------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

---------  ---------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

---------  ---------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"............


p/s>>> aduyai...boleh pecah perut jumpa org cenggini...moga anda TerHiBuR...huhu



LARANGAN DALAM TIDUR...



Terdapat 5 Larangan Dalam Tidur yang harus anda ikuti:

1. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN

Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR BERSAMA EARPHONE

Gelombang medan magnet pada earphone boleh menyebabkan telinga kita menjadi sakit dan boleh menyebabkan gegendang telinga kita menjadi rosak.

3. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR MEMBAWA HANDPHONE

Gelombang medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita.

4. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP

Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas.

5. JANGAN SEKALI-KALI TIDUR DENGAN SUAMI/ISTERI ORANG

Jangan nak cari pasal haaaa.... Ini kerana anda mungkin akan tidur selama-lamanya...huhuhuhuhuh


p/s>>>Awas No.5 yg paling merbahaya dan WAJIB dijauhi...beware of dog....huhu

CARA-CARA MENGAWAL DIRI DARIPADA MELAKUKAN KEMAKSIATAN...



1. Pastikan makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita adalah halal dan baik kerana ia akan mempengaruhi jiwa kita.

2. Pastikan kita tidak berada pada tempat dan suasana yang mudah menjerumuskan kita kepada maksiat. Oleh itu, bergaullah dengan kalangan orang yang soleh dan sentiasa menghadiri majlis ilmu.

3. Tetapkan usaha mengerjakan solat berjemaah di masjid.

4. Banyakkan beristighfar dan berzikir.

5. Banyakkan bersedekah.

6. Hubungkan silaturahim.

7. Tanamkan keinginan untuk mendalami Al-Quran dan Al-Sunnah.
p/s>>>sumber Imam Muda Nazrul..."Sharing is Caring"

LIHATLAH KEHEBATAN IMAN SEEKOR SEMUT...



Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Sang Semut!!


p/s>>>sumber Imam Muda Nazrul..."Sharing is Caring"

InSafLaH WaHai DiRiKu & TeMaN-TeMaNKu...



Jangan kita berbangga dengan pakaian kita yang cantik dan mahal,
Kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan yang berwarna putih.

Jangan kita berbangga dan angkuh dengan kenderaan kita yang mewah,
Kerana kenderaan terakhir kita nanti adalah van jenazah dan papan keranda.

Janganlah kita terlalu seronok dengan tempat tidur kita yang empuk dan nyaman,
Kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahat.

Janganlah kita ego dan sombong kerana mampu memiliki rumah yang mewah seperti istana,
Kerana rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.

Janganlah kita bermegah dengan pangkat dan darjat,
Kerana bila kita sudah tiada nanti kita akan mendapat gelaran Al-Marhum.

Janganlah kita terlalu berlagak dengan wajah kita yang kacak atau cantik,
Kerana bila kita telah mati nanti, wajah kita akan berubah menjadi tengkorak...



p/s>>>sumber dari Imam Muda Nazrul..."Sharing is Caring"

Tuesday 15 November 2011

KeS TaK BeRTeGuR SaPa...



Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham... dan tak bertegur sapa.. Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya.. tak tau macam mana nak bagitau isteri supaya kejutkan dia pagi esoknya...Si suami ni dapat idea..lalu dia tulis satu nota "KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya si suami ni terlewat bangun...dia nak marah pun ada...nak ketawa pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?... si suami ni terjumpa nota dari isterinya di atas meja "BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI"





p/s>>>ini kes pun adaaa...dah cam kelakar pulak dah....isk3x

Petua Rumah Tangga...



Tidur berbantalkan lengan suami.  Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang dirembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak di mana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….serius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, janganlah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang disenangi wanita.

So pada isteri-isteri semua, anda semua praktikkan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?huhuhuhuhuh....

p/s>>>patut ler rasa malas je nak bangun tidur...rupanya ada ejen penggalak tidur...jangan sampai terlewat pergi kerja sudehhhhhhh....hihi...bagi suami yg ketiak berbau tu pastikan selepas ini ia tak berbau lagi supaya isteri anda seronok dan excited nak tidur kat lengan anda...p:

Monday 14 November 2011

Alahai Syahdunya...

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti. Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang, nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.

Si suami : Untuk apa semua itu?

Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya

Si suami : Emmm…Baiklah

Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.

Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing.

Keesokan paginya, semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamannya. 3 helai kertas semuanya.  Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut.

Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya. Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka.

Si isteri : Abang, sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.

Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah...

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.

Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula.
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan       di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.

Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.

Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….

Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada. Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan…


Istimewanya Epal Hijau...

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal Hijau

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.


p/s>>> Kalau nak tahu...epal hijau ni kalau ditumbuk dengan sambal belacan pun sodapppp...try la...pasti nak lagi...hihi

Badai Semalam...

                                                 

Teater Badai Semalam mulai 11 - 20 November 2011
di Istana Budaya, Kuala Lumpur

PEMENTASAN teater yang dinanti-nantikan ramai, Badai Semalam membuka tirai persembahannya malam ini di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur.

Diangkat daripada naskhah agung karya Khadijah Hashim, persembahan teater itu dijangka hebat kerana menampilkan Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2011, Datin Umie Aida yang mendukung watak Rohana.

Selain Umie, ia turut menampilkan Erra Fazira yang membawa watak Mazni digandingkan dengan Aaron Aziz sebagai Karim dan Fizz Fairuz (Zaki).

Teater Badai Semalam, terbitan IB dengan kerjasama Frensis Sdn. Bhd., iaitu produksi milik Erra, Umie dan Ziela Jalil.

Sejak diperkenalkan barisan pelakon dan pengumuman Kumpulan Utusan sebagai media rasmi serta Sinar FM sebagai stesen rasmi bagi membantu mempromosikan teater tersebut, penjualan tiketnya dikatakan amat memberangsangkan.

Ia diakui oleh Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani yang memberitahu lebih 80 peratus tiket teater Badai Semalam telah habis dijual.

"Sejak pengumuman tentang pementasan Badai Semalam dibuat pada bulan lalu, sehingga ke saat-saat akhir ini pun kita masih mendapat panggilan dan tempahan tiket daripada orang ramai yang mahu menyaksikan teater ini.

"Maka itu saya nasihatkan para peminat teater agar membeli tiket awal dan tidak menunggu sehingga ke saat akhir kerana besar kemungkinan tiket habis dijual," katanya.
Mohamed Juhari menambah, pementasan teater tersebut yang berlangsung selama 10 hari, bermula malam ini hingga 20 November, turut mencipta fenomenanya apabila mencatat jumlah penonton yang tinggi berdasarkan jualan tiket setakat ini.

"Seperti mana pementasan-pementasan di IB yang telah lalu, Badai Semalam mempunyai tarikan yang kuat di kalangan penggemar teater.

"Rasanya adalah satu kerugian sekiranya terlepas menyaksikan teater Badai Semalam," ujarnya.
Teater arahan Khairunazwan Rodzy itu turut menampilkan Ziela Jalil sebagai Bibah (ibu Mazni), Jasmin Hamid (Dora), Emelda Rosmila (Mahani) dan Iqbal Taufik (Haris).


p/s>>>asalnya sebuah novel karya Khadijah Hashim yg sangat popular...aku sangat menggemari novel ini ketika zaman remaja dulu...sangat menyayat hati...sangat meruntun perasaan...tapi sayang bila pulak aku nak dapat tengok teater ni...berteater ngan anak-anak jelah nampaknya!!!