"Lahirnya manusia disambut dengan azan, matinya manusia diiringi dengan solat, antara azan dan solat, alangkah singkatnya hidup ini."



Thursday, 3 November 2011

10 PanTanG LaRanG TenTanG WarNa utk KeDiaMan AnDa...

Salam semua...

Hari ni saya nak share pasal pemilihan warna utk kediaman atau rumah tempat tinggal kita la senang citer...kalau korang nak tahu saya memang obsess ttg deko mendeko umah ni...memang sangatlah teruja bila tengok umah org cantik2nyer la haiiii...dan saya sanggup berabis duit beli majalah deco2 nih walaupun takda duit (camna tuh)...

Siapa yg tak seronokkan bila ada umah sendiri.. kan...bila dah ada tu mestilah ligat kepala otak pkir nak buat itu ini kat umah...cat la, renovate la bagai...haaa, ni saya nak bagi tips tentang warna umah jika anda tengah pening kepala nak pilih color apa nak cat umah anda...jom pilih:)

  1. Hijau - rona selamat dan baik utk mata.  Malah juga boleh disuai padan dengan apa juga konsep.  Sejuk, segar, tenang dan kontemporari. Hijau kiwi kini antara pilihan yang digilai dlm paparan kediaman.
  2. Putih @ Shades of White - menyajikan beberapa pilihan warna spt putih kehijauan, kekuningan, kemerahan dan lain-lain. SoW ni adalah rangkaian warna yg seakan-akan putih tp tidak membosankan.
  3. Warna Organik spt warna gandum, putih gading, perang madu, jingga dsbnya - mewujudkan suasana lebih harmoni dan tenang.  Elakkan memilih rona yg terlalu terang spt kuning terang, merah jambu terang dan biru terang sekiranya ada memilih kayu sbg pilihan utama perabot.
  4. Elakkan memilih rona yg gelap atau kusam di ruang makan. Pilih rona terang spt merah dan jingga kerana boleh merangsangkan anda menjamu selera. (jgn mentekedarah sudehhh)
  5. Siapa kata merah jambu warna feminin.  Merah jambu pudar semakin menjadi kegilaan pereka dan penggiat seni reka bentuk dalaman bg mereka yg menggemari tema vintaj.  
  6. Bagi yg memilih utk mewarnakan dinding spt kedesaan Inggeris, elakkan rona yg lebih gelap pd bahagian atas kerana warna ini kelihatan 'berat' berbanding yg lebih terang.
  7. Elakkan memilih rona biru nila sebagai warna utama kediaman anda kerana ia menjadikan kediaman anda tampak kaku dan tak ubah macam balai polis.
  8. Tidak semua kamar boleh dikenakan dgn rona biru. Secara psikologinya, biru memberi impak mengecut atau menjadikan sesebuah ruang kamar menjadi lebih kecil dan sempit. Warna yg sesuai utk kamar adalah merah jambu, ungu atau yg sewaktu dengannya. Merah jambu dikatakan warna yg mudah utk melelapkan mata dan dibuai lena. ZZzzzz
  9. Bagi ruang bacaan, anda disarankan tidak memilih rona garang sebab ia akan melarikan fokus pada bacaan anda disamping akan rasa kurang selesa.  Pilihlah rona gelap spt perang atau hijau agar memberi peluang kpd mata utk membaca dan fokus pd bahan bacaan.
  10. Pastikan anda memilih warna2 terang di kamar kanak2 spt merah, kuning dan hijau.  Pilihan warna2 terang ini mampu merangsang minda si kecil utk lebih cergas dan cerdas.



p/s: Sumber diperoleh dari bahan bacaan saya. Jangan ragu-ragu yer nanti kena cagu...heheh..."Selamat Bermain Warna"...

No comments: