"Lahirnya manusia disambut dengan azan, matinya manusia diiringi dengan solat, antara azan dan solat, alangkah singkatnya hidup ini."



Monday, 14 November 2011

Badai Semalam...

                                                 

Teater Badai Semalam mulai 11 - 20 November 2011
di Istana Budaya, Kuala Lumpur

PEMENTASAN teater yang dinanti-nantikan ramai, Badai Semalam membuka tirai persembahannya malam ini di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur.

Diangkat daripada naskhah agung karya Khadijah Hashim, persembahan teater itu dijangka hebat kerana menampilkan Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2011, Datin Umie Aida yang mendukung watak Rohana.

Selain Umie, ia turut menampilkan Erra Fazira yang membawa watak Mazni digandingkan dengan Aaron Aziz sebagai Karim dan Fizz Fairuz (Zaki).

Teater Badai Semalam, terbitan IB dengan kerjasama Frensis Sdn. Bhd., iaitu produksi milik Erra, Umie dan Ziela Jalil.

Sejak diperkenalkan barisan pelakon dan pengumuman Kumpulan Utusan sebagai media rasmi serta Sinar FM sebagai stesen rasmi bagi membantu mempromosikan teater tersebut, penjualan tiketnya dikatakan amat memberangsangkan.

Ia diakui oleh Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani yang memberitahu lebih 80 peratus tiket teater Badai Semalam telah habis dijual.

"Sejak pengumuman tentang pementasan Badai Semalam dibuat pada bulan lalu, sehingga ke saat-saat akhir ini pun kita masih mendapat panggilan dan tempahan tiket daripada orang ramai yang mahu menyaksikan teater ini.

"Maka itu saya nasihatkan para peminat teater agar membeli tiket awal dan tidak menunggu sehingga ke saat akhir kerana besar kemungkinan tiket habis dijual," katanya.
Mohamed Juhari menambah, pementasan teater tersebut yang berlangsung selama 10 hari, bermula malam ini hingga 20 November, turut mencipta fenomenanya apabila mencatat jumlah penonton yang tinggi berdasarkan jualan tiket setakat ini.

"Seperti mana pementasan-pementasan di IB yang telah lalu, Badai Semalam mempunyai tarikan yang kuat di kalangan penggemar teater.

"Rasanya adalah satu kerugian sekiranya terlepas menyaksikan teater Badai Semalam," ujarnya.
Teater arahan Khairunazwan Rodzy itu turut menampilkan Ziela Jalil sebagai Bibah (ibu Mazni), Jasmin Hamid (Dora), Emelda Rosmila (Mahani) dan Iqbal Taufik (Haris).


p/s>>>asalnya sebuah novel karya Khadijah Hashim yg sangat popular...aku sangat menggemari novel ini ketika zaman remaja dulu...sangat menyayat hati...sangat meruntun perasaan...tapi sayang bila pulak aku nak dapat tengok teater ni...berteater ngan anak-anak jelah nampaknya!!!

3 comments:

inaazlina said...

sememang novel dari khadijah hashim mg best2 belaka kan ida

inaazlina said...

kalau dekat bleh p teater ni.....tp kalu pujuk mr yushanizam ada can ina ni ....he..he..lgpun dah lama xtgk teater...ina knal nizam pun kt kusus teater..hi.hi....

EyDa ZaHeeDa said...

goreng pisang panas tiket dia...fuhhh...pelakon plak best...ni msti ina tringat kisah cinta b'putik dlu kan...hihi